KEKAYAAN HARAM YANG MELAMPAU RAJA DADAH MEXICO INI AKAN MEMBUATKAN MATA ANDA TERBELIAK

Loading...

Apabila vila raja dadah di Mexico ini diserbu, polis menjumpai banyak wang yang disembunyi di dalam dinding, beg pakaian dan almari di salah satu kawasan paling kaya Bandar Mexico yang datang daripada keuntungan dadah yang dijual di Amerika Syarikat. Ia adalah rampasan wang yang terbesar dalam sejarah.

[ Gambar ] Melampau! Kemewahan Dan Kekayaan Raja Dadah Di Mexico

20140215-222028.jpg

20140215-222036.jpg

20140215-222103.jpg

20140215-222216.jpg

20140215-222143.jpg

Raja dadah ini juga dikatakan memiliki banyak haiwan eksotik dan mereka semua dijaga dalam keadaan baik.

Sumber: Laicikang

Anak ‘raja’ dadah mohon maaf

Selepas raja dadah terkenal, Pablo Escobar dibunuh, anak lelakinya yang dijangka menggantikannya melarikan diri dari Colombia, mendapatkan identiti baru dan hidup sederhana sebagai arkitek di Argentina.

Dia yang dikenali sebagai Juan Pablo Escobar (gambar), berusia 16 tahun semasa bapanya ditembak mati pada tahun 1993, kini tampil memohon maaf bagi pihak bapanya dalam dokumentari Sins of My Father, yang bakal ditayangkan dalam festival filem di Argentina pada Khamis ini dan di Amsterdam pada 19 November ini.

Dalam satu perbualan telefon yang jarang dilakukannya, dia mendakwa bahawa kekayaan bapanya telah hilang dan dirinya bukan sebahagian daripada rangkaian jenayah tersebut.

Katanya, dia mahu meminta maaf secara terbuka kepada anak-anak dua ahli politik yang diarahkan bunuh oleh bapanya kerana dia merasa gelisah menjadi anak pengedar dadah jutawan.

Pablo mengetuai kartel kokain utama dunia pada tahun 1980-an.

Dia melawan ekstradisi ke Amerika Syarikat dengan kempen keganasan di tanah airnya, melakukan banyak pengeboman, termasuk meletupkan sebuah kapal terbang empat minit selepas berlepas, menyebabkan semua 107 penumpang dan krew terbunuh.

Pablo juga mengarahkan penculikan dan pembunuhan ramai ahli politik, hakim dan wartawan yang cuba menghalang kegiatannya.

Tetapi, anaknya yang kini dikenali sebagai Sebastian Marroquin, 32, mempertahankan bahawa dia tidak terlibat, walaupun ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi dengan kekayaan Pablo yang dianggarkan oleh majalah Fortune bernilai AS$3.5 bilion (RM11.9 juta).

Marroquin dan ibunya pernah didakwa tetapi bebas dari sebarang tuduhan melaburkan wang haram di Argentina selepas memasuki negara tersebut secara haram pada tahun 1994.

Selain itu, pegawai atasan antidadah Amerika Syarikat untuk Colombia pernah berkata bahawa pihak berkuasa mempunyai bukti bahawa Marroquin bersedia mengambil alih empayar bapanya pada awal tahun 1990-an.

“Dakwaan Marroquin bahawa dia tidak ada sebarang kaitan dengan jenayah bapanya hanyalah omong kosong kerana terdapat banyak bukti menunjukkan Pablo cuba melatihnya,” kata Ketua Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS di Colombia, Joe Toft. -AP

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *